Logo Watari Trip Watari Trip Semak Harga

Private Jogja Tour • Malaysia

Pakej Jogja 4H3MDari RM899 / pax

Nikmati Borobudur, Merapi, budaya Jogja dan Malioboro tanpa itinerary yang terlalu padat. Private trip anda diurus terus oleh local team Watari Indonesia — bukan digabung dengan rombongan lain.

  • Private Tour
  • Muslim-Friendly
  • Airport Pickup
  • Hotel Termasuk

*Harga bergantung kepada jumlah tetamu, pilihan hotel dan tarikh perjalanan. Tiket penerbangan tidak termasuk.

Deretan stupa Candi Borobudur pada waktu pagi

Local Indonesia Team

Diurus terus oleh team tempatan kami di Indonesia.

Private Trip

Tidak digabung dengan rombongan orang lain.

Muslim-Friendly

Pilihan makanan halal & waktu solat lebih mudah.

WhatsApp Support

Support sebelum anda tiba sehingga pulang.

Kenapa Jogja

Kenapa Ramai Pilih Jogja?

Satu destinasi, banyak jenis pengalaman — sesuai untuk couple, keluarga mahupun kumpulan kawan.

Candi Prambanan di Yogyakarta pada waktu senja

Borobudur & Prambanan

Nikmati candi ikonik Indonesia yang paling terkenal, dengan masa yang cukup untuk bergambar.

Jeep di jalan tanah kawasan pergunungan

Merapi Jeep Adventure

Jeep adventure di kaki Gunung Merapi — bahagian paling seronok untuk anak-anak dan geng kawan.

Kompleks Taman Sari di Yogyakarta

Budaya & Gaya Hidup

Keraton, Taman Sari, batik dan cafe dengan suasana Jogja yang santai.

Papan tanda Jalan Malioboro Yogyakarta

Shopping & Makanan

Malioboro, bakpia dan pelbagai makanan tempatan yang mesra bajet.

Itinerary

4 Hari Yang Santai, Bukan Mengejar Itinerary

Kami susun perjalanan supaya anda benar-benar dapat bercuti, bukan sekadar berpindah dari satu tempat ke tempat lain.

Hari 1

Selamat Datang Ke Jogja

  • Pickup di Yogyakarta International Airport
  • Check-in hotel
  • Malioboro pada waktu petang
  • Makan malam tempatan / masa bebas
Hari 2

Merapi + Borobudur

  • Sarapan di hotel
  • Merapi Jeep Experience
  • Makan tengah hari
  • Kawasan Borobudur
  • Beli oleh-oleh
  • Kembali ke hotel
Hari 3

Budaya + Shopping

  • Keraton / Taman Sari
  • Batik / Kotagede
  • Makan tengah hari tempatan
  • Cafe / shopping
  • Malioboro pada waktu petang
Hari 4

Santai & Pulang

  • Sarapan di hotel
  • Masa bebas bergantung waktu penerbangan
  • Transfer ke lapangan terbang

Itinerary boleh disesuaikan mengikut keperluan keluarga atau kumpulan anda — termasuk waktu solat, waktu rehat anak kecil, dan tempat yang anda mahu tambah.

Pakej

Tiga Pakej Jogja — Pilih Yang Sesuai Dengan Anda

Semua pakej adalah private trip. Harga di bawah adalah harga permulaan; harga akhir bergantung pada jumlah tetamu, hotel dan tarikh.

Jogja Essential

4 Hari 3 Malam
DariRM799/ pax
Harga permulaan pada 6 tetamu

Sesuai untuk traveller yang mahu fleksibiliti dan suka atur sendiri masa di setiap destinasi.


  • Hotel 3–4 bintang (3 malam)
  • Sarapan setiap hari
  • Kenderaan private + pemandu
  • Airport pickup
  • Tol, parkir & minyak
  • Perancangan itinerary asas

Tiket masuk tempat menarik dibayar berasingan.

Untuk Couple

Jogja Private

4 Hari 3 Malam
DariRM1399/ pax
Direka untuk 2 tetamu

Untuk pasangan atau keluarga kecil yang mahu perjalanan lebih peribadi dan itinerary lebih fleksibel.


  • Hotel pilihan (naik taraf tersedia)
  • Sarapan setiap hari
  • Kenderaan private + pemandu sepenuh masa
  • Airport transfer (pergi & balik)
  • Merapi Jeep Experience
  • Tiket masuk terpilih
  • Itinerary disusun khas mengikut minat anda
  • Fleksibiliti tukar aturan pada hari trip

Termasuk dalam semua pakej

  • Hotel & sarapan mengikut pakej
  • Kenderaan private + pemandu tempatan
  • Minyak, tol dan parkir
  • Airport pickup / transfer
  • Cadangan makanan halal sepanjang trip
  • Bantuan WhatsApp dengan team Watari

Tidak termasuk

  • Tiket penerbangan Malaysia–Indonesia
  • Perbelanjaan peribadi & shopping
  • Tiket masuk yang tidak dinyatakan dalam pakej
  • Aktiviti pilihan (optional) di luar itinerary
  • Insurans perjalanan
  • Tips pemandu (ikut budi bicara)

Harga yang dipaparkan adalah harga permulaan (starting price) untuk musim biasa. Harga akhir bergantung kepada jumlah tetamu, tarikh perjalanan, pilihan hotel, susunan bilik dan aktiviti tambahan. Kami akan sahkan harga muktamad secara bertulis sebelum sebarang deposit dibuat.

Harga ikut jumlah tetamu

Lagi ramai, lagi jimat per pax

Harga di bawah adalah harga permulaan untuk pakej Jogja Signature. Kami tunjukkan awal supaya anda boleh kira bajet sebelum bertanya.

Jumlah tetamuHarga dariSesuai untuk
2 tetamu RM1399 / pax Couple atau honeymoon
4 tetamu RM1099 / pax Keluarga kecil
6–9 tetamu RM899 / pax Keluarga besar atau geng kawan
10 tetamu ke atas Harga khas kumpulan Rombongan, syarikat atau komuniti

Harga permulaan untuk musim biasa. Tarikh cuti sekolah, musim perayaan dan pilihan hotel boleh mengubah harga akhir.

Semak harga

Semak Harga Trip Anda

Isi tarikh dan jumlah tetamu — kami tunjukkan anggaran harga, kemudian anda boleh sambung di WhatsApp dengan maklumat yang sudah lengkap.

DestinasiJogja
Pakej pilihanJogja Signature

Pilih tarikh, atau tandakan “Belum pasti”.

Dewasa

Sekurang-kurangnya 1 dewasa.

Kanak-kanak

Umur kanak-kanak boleh dimaklumkan di WhatsApp.

Nombor WhatsApp belum lengkap. Cuba semak semula ya.

Tiada bayaran, tiada komitmen. Kami balas pada Isnin–Sabtu, waktu pejabat (WIB).

Proses tempahan

Dari Malaysia Ke Indonesia Dalam 4 Langkah

01

Pilih Trip Anda

Pilih Jogja atau Bandung, dan pakej yang paling hampir dengan keperluan anda.

02

Beritahu Tarikh

Masukkan tarikh dan jumlah traveller melalui borang di atas.

03

Sahkan Pakej

Watari sahkan itinerary, hotel dan harga muktamad secara bertulis.

04

Terbang & Bercuti

Kami jemput anda di lapangan terbang dan uruskan trip sepanjang di Indonesia.

Kenapa Watari

Bercuti Dengan Tenang

Trip anda diuruskan terus oleh team tempatan kami di Indonesia — bukan dilepaskan kepada ejen lain.

Local Operator

Trip anda diuruskan terus di Indonesia oleh team kami sendiri.

Harga Telus

Apa yang termasuk dan tidak termasuk dijelaskan sebelum anda booking.

Private Trip

Anda travel bersama keluarga atau group sendiri sahaja.

Itinerary Fleksibel

Trip boleh disesuaikan mengikut keperluan rombongan anda.

Muslim-Friendly

Makanan halal dan waktu solat diambil kira semasa menyusun itinerary.

Human Support

Anda berhubung dengan orang sebenar melalui WhatsApp, bukan bot.

Soalan lazim

Perkara Yang Selalu Ditanya

Tidak. Harga yang dipaparkan adalah ground package — hotel, transport, pemandu dan aktiviti mengikut pakej. Tiket penerbangan ke Yogyakarta anda tempah sendiri, dan kami boleh cadangkan waktu penerbangan yang sesuai dengan itinerary.

Semua pakej adalah private. Anda hanya travel bersama keluarga atau kumpulan anda sendiri, dengan kenderaan dan pemandu khas untuk rombongan anda.

Kami susun perjalanan dengan pilihan makanan halal, dan pemandu tempatan kami tahu restoran mana yang sesuai. Jika ada keperluan khusus, beritahu kami awal supaya boleh dirancang.

Boleh. Itinerary yang dipaparkan adalah cadangan. Anda boleh tambah, buang atau tukar susunan destinasi — kami akan semak sama ada ia praktikal dari segi jarak dan masa.

Sesuai. Kerana private trip, kami boleh laraskan tempo perjalanan, waktu rehat dan pilihan aktiviti mengikut umur anak-anak. Beritahu umur mereka semasa bertanya harga.

Ya, pickup dari Yogyakarta International Airport termasuk dalam semua pakej. Pakej Signature dan Private turut termasuk transfer kembali ke lapangan terbang.

Untuk pakej Signature dan Private, tiket masuk terpilih termasuk dalam pakej. Untuk pakej Essential, tiket masuk dibayar berasingan. Akses tertentu di Borobudur (contohnya naik ke struktur candi) mempunyai kuota harian dan harga berasingan — kami akan sahkan pilihan yang tersedia semasa membuat sebut harga.

Jumlah deposit bergantung kepada saiz rombongan dan tarikh perjalanan. Team kami akan maklumkan jumlah deposit dan jadual pembayaran secara bertulis bersama sebut harga, sebelum anda membuat sebarang bayaran.

Butiran kaedah pembayaran akan diberikan bersama sebut harga rasmi. Kami tidak meminta sebarang bayaran sebelum anda menerima dan bersetuju dengan sebut harga bertulis.

Boleh. Pakej Private direka khas untuk 2 tetamu. Untuk rombongan kecil, harga per pax memang lebih tinggi berbanding kumpulan besar — jadual harga mengikut jumlah tetamu boleh dilihat di bahagian atas halaman ini.

Masih Belum Pasti?

Lebih suka cuaca sejuk, shopping dan makanan? Lihat pula pakej Bandung kami.

Lihat Pakej Bandung →
Tugu Yogyakarta pada waktu senja

Jogja Menanti Anda.

Beritahu kami tarikh perjalanan anda. Watari akan membantu susun private trip yang sesuai dengan keluarga atau group anda.

Dari
RM899 / pax
Semak Tarikh