Nature
Kawah Putih dan kawasan pergunungan Bandung yang sejuk dan menenangkan.
Private Bandung Tour • Malaysia
Shopping, nature, makanan dan suasana Bandung dalam satu private trip yang santai. Dijemput dari Jakarta dan diurus terus oleh local team Watari Indonesia.
*Harga bergantung kepada jumlah tetamu, pilihan hotel dan tarikh perjalanan. Tiket penerbangan tidak termasuk.
Diurus terus oleh team tempatan kami di Indonesia.
Kenderaan khas untuk rombongan anda sahaja.
Pilihan makanan halal & waktu solat lebih mudah.
Kami uruskan perjalanan dari Jakarta ke Bandung.
Kenapa Bandung
Cuaca sejuk, shopping, alam semula jadi dan makanan — semuanya dalam jarak pemanduan yang dekat.
Kawah Putih dan kawasan pergunungan Bandung yang sejuk dan menenangkan.
Factory outlet, Pasar Baru dan produk tempatan yang mesra bajet.
Makanan Sunda, cafe dan pengalaman kulinari sepanjang perjalanan.
Suasana sejuk sepanjang tahun — sesuai untuk short getaway dari Malaysia.
Itinerary
Susunan di bawah adalah pakej Bandung Escape 4H3M — bermula dengan pickup di Jakarta dan berakhir semula di lapangan terbang Jakarta.
Pakej Bandung Complete 5H4M menambah satu hari penuh untuk kawasan Lembang, supaya perjalanan lebih santai. Itinerary boleh disesuaikan mengikut keperluan keluarga atau kumpulan anda.
Pakej
Semua pakej adalah private trip dengan pickup dari Jakarta. Harga di bawah adalah harga permulaan; harga akhir bergantung pada jumlah tetamu, hotel dan tarikh.
Untuk traveller yang mahu kos terkawal dan suka atur sendiri masa di setiap destinasi.
Tiket masuk tempat menarik dibayar berasingan.
Kombinasi paling seimbang: alam Bandung Selatan, bandar, shopping dan makanan dalam empat hari.
Lebih banyak Bandung, kurang tergesa-gesa. Satu hari penuh ditambah khas untuk kawasan Lembang.
Harga yang dipaparkan adalah harga permulaan (starting price) untuk musim biasa. Harga akhir bergantung kepada jumlah tetamu, tarikh perjalanan, pilihan hotel, susunan bilik dan aktiviti tambahan. Kami akan sahkan harga muktamad secara bertulis sebelum sebarang deposit dibuat.
Harga ikut jumlah tetamu
Harga di bawah adalah harga permulaan untuk pakej Bandung Escape. Kami tunjukkan awal supaya anda boleh kira bajet sebelum bertanya.
| Jumlah tetamu | Harga dari | Sesuai untuk |
|---|---|---|
| 2 tetamu | RM1199 / pax | Couple atau honeymoon |
| 4 tetamu | RM899 / pax | Keluarga kecil |
| 6–9 tetamu | RM699 / pax | Keluarga besar atau geng kawan |
| 10 tetamu ke atas | Harga khas kumpulan | Rombongan, syarikat atau komuniti |
Harga permulaan untuk musim biasa. Tarikh cuti sekolah, musim perayaan dan pilihan hotel boleh mengubah harga akhir.
Kebanyakan trip Watari Bandung bermula dengan pickup di Jakarta. Team Watari akan mengurus perjalanan dari Jakarta ke Bandung supaya anda tidak perlu menyusun transfer sendiri selepas mendarat.
Kaedah perjalanan Jakarta–Bandung akan disahkan bersama sebut harga anda, mengikut pakej, jumlah tetamu dan waktu penerbangan. Kami tidak akan menjanjikan satu kaedah tertentu sebelum ia disahkan tersedia untuk tarikh anda.
Jika anda sudah mempunyai rancangan penerbangan sendiri, beritahu kami waktu ketibaan — kami akan susun aturan pickup mengikut waktu tersebut.
Semak harga
Isi tarikh dan jumlah tetamu — kami tunjukkan anggaran harga, kemudian anda boleh sambung di WhatsApp dengan maklumat yang sudah lengkap.
Proses tempahan
Pilih Bandung atau Jogja, dan pakej yang paling hampir dengan keperluan anda.
Masukkan tarikh dan jumlah traveller melalui borang di atas.
Watari sahkan itinerary, hotel dan harga muktamad secara bertulis.
Kami jemput anda di Jakarta dan uruskan trip sepanjang di Indonesia.
Kenapa Watari
Trip anda diuruskan terus oleh team tempatan kami di Indonesia — bukan dilepaskan kepada ejen lain.
Trip anda diuruskan terus di Indonesia oleh team kami sendiri.
Apa yang termasuk dan tidak termasuk dijelaskan sebelum anda booking.
Anda travel bersama keluarga atau group sendiri sahaja.
Nak lebih banyak shopping atau lebih banyak alam? Kami laraskan.
Makanan halal dan waktu solat diambil kira semasa menyusun itinerary.
Anda berhubung dengan orang sebenar melalui WhatsApp, bukan bot.
Soalan lazim
Kebanyakan tetamu Malaysia terbang ke Jakarta, dan kami jemput anda di sana. Bandung mempunyai lapangan terbangnya sendiri, tetapi pilihan penerbangan terus dari Malaysia adalah terhad dan berubah-ubah — jadi kami susun pakej berasaskan ketibaan di Jakarta. Beritahu kami jika anda sudah ada penerbangan tertentu.
Transfer Jakarta–Bandung diuruskan sepenuhnya oleh team Watari dan termasuk dalam pakej Escape dan Complete. Kaedah yang digunakan akan disahkan bersama sebut harga mengikut jumlah tetamu dan waktu penerbangan anda.
Boleh dipertimbangkan sebagai pilihan, tertakluk kepada ketersediaan tiket dan waktu perjalanan anda. Kami hanya akan mengesahkannya jika ia benar-benar tersedia untuk tarikh anda — ia tidak dijanjikan secara automatik dalam pakej.
Masa perjalanan berbeza mengikut kaedah pengangkutan, waktu dan keadaan trafik. Kami akan beritahu anggaran masa yang realistik semasa menyusun itinerary supaya rancangan hari pertama anda tidak terlalu padat.
Ada. Satu hari penuh dikhaskan untuk shopping dan kulinari dalam pakej Escape dan Complete. Jika shopping adalah keutamaan anda, beritahu kami — kami boleh tambah masa dan susun destinasi mengikut jenis barangan yang anda cari.
Boleh. Beritahu tempat yang anda mahu semasa bertanya harga, dan kami akan masukkan ke dalam itinerary jika jarak dan masa mengizinkan.
Tidak. Harga yang dipaparkan adalah ground package — hotel, transport, pemandu dan aktiviti mengikut pakej. Tiket penerbangan anda tempah sendiri.
Semua pakej adalah private. Anda hanya travel bersama keluarga atau kumpulan anda sendiri, dengan kenderaan dan pemandu khas untuk rombongan anda.
Kami susun perjalanan dengan pilihan makanan halal, dan pemandu tempatan kami tahu restoran mana yang sesuai. Beritahu awal jika ada keperluan pemakanan khusus.
Sesuai. Kerana private trip, kami boleh laraskan tempo perjalanan dan waktu rehat mengikut umur anak-anak. Bandung juga sesuai kerana jarak antara destinasi tidak terlalu jauh.
Jumlah deposit bergantung kepada saiz rombongan dan tarikh perjalanan. Team kami akan maklumkan jumlah deposit dan jadual pembayaran secara bertulis bersama sebut harga, sebelum anda membuat sebarang bayaran.
Boleh. Untuk rombongan kecil, harga per pax memang lebih tinggi berbanding kumpulan besar — jadual harga mengikut jumlah tetamu boleh dilihat di bahagian atas halaman ini.
Mahu budaya, Merapi dan Borobudur pula? Lihat pakej Jogja kami.
Beritahu kami tarikh perjalanan anda. Watari akan membantu susun private trip yang sesuai dengan keluarga atau group anda.